Monday, April 27, 2015

#sweet escape : Langkawi Island Hopping (Day 2)

Assalamualaikum..

Kali ni nak sambung cerita Langkawi kelmarin. 

Untuk hari kedua kami kat sana kami memang dah plan nak ke Island Hopping. Island Hopping ni kira macam trip ke satu pulau ke satu pulau naik boat. Kalau dah sampai area Pantai Chenang memang banyak la yang buat trip ke sana, just book dan bayar je. Macam kami, booked sehari awal, RM30 per person. 

Bagi yang duduk dekat Pantai Chenang biasanya diorang akan fetch kite dekat hotel/chalet/motel tapi macam kami duduk luar Pantai Chenang so diorang pesan jumpa dekat Underwater World, Pantai Chenang. Ada dua trip, satu trip pagi dan satu lagi trip tengah hari tapi kami ambik trip pagi so tengah hari nanti banyak benda lain lagi boleh buat. So 9 pagi dah kena tunggu kat Underwater World tu.

First memang akan berkumpul ramai-ramai dan ikut orang mana yang kite amik dan naik boat dorang, macam kami naik boat 'abg mie' yang naik ngan kami (kami bertiga) ada dua couple arab dan satu indian family.

Ada boat yang boleh muat ramai orang, ada yang 9 orang. Tapi sebenarnya mana-mana pun okey je. Bagi yang pergi dengan geng yang ramai, lagi seronok la sebab boleh naik satu boat untuk diorang sahaja.



 Destinasi pertama dia bawak ke Pulau Dayang Bunting, dah dia bagi masa 1 jam untuk berjimba kat sini. Kat sini memang kena pakai track suit dan sandal je sebab kat sini kena naik tangga turun tangga dan berbasah-basahan so janganler pakai smart smart, rugi.




Kat Tasik Dayang Bunting ni boleh mandi manda. Syiok oh. Untuk orang yang tak konpiden dan tak pandai berenang macam kami boleh la sewa life jacket ni RM5 je kat sini sebab airnya boleh tahan dalam jugak la. Ade je aktiviti air lain macam kayak and cycle tu (tak sure nama dia ape) tapi macam rugi la baik mandi manda je. Tak puas satu jam kat sini, kan best kalau boleh tambah another 1 hour. 

Oh ya kami ada jugak prepare bawak nasik lemak untuk makan, mesti lapo punya. Tapi jaga-jaga, jangan bawak beg plastik, nanti kena ragut dek monyet. Slumber je monyet tu ragut air milo sorang budak ni pastu eksyen pulak tu minum depan kitorang. 

Lepas sejam kat sini, kena naik boat balik ke Pulau Singa Besar. Eagle feeding. Nasib kami kurang baik waktu ni sebab hujan dah mula rintik-rintik. Helang pun banyak yang menyorok.


Kite tengok awak dari jauh la ye. Dia takkan datang kat tempat yang banyak boat. Langit pun mendung je tu.

Selepas tengok helang-helang ni makan, kami ke Pulau Beras Basah pulak. Kat sini perghh memang lawo betul pantai dia, memang banyak mat salleh berjemuran. Kat sini pun diorang bagi 1 jam untuk berjimba.


Air nya yang biru, kagum betul. Kat sini pun boleh mandi, takyah sewa life jacket pun takpe, mandi la tepi tepi je. Tapi kat sini kami tak mandi dah, malas nak basah-basah sangat. Sejuk. Kat sini pun banyak private boat. Haa kalau nak merasa berenang dengan ikan kecik-kecik, kat sini pun boleh. Kalau nak jenguk dari atas je, bawak roti pastu bagi ikan makan, seronok tengok ikan berkumpul.


Lepas tuuuu balik! Berjemur dan makin hitam la tapi seronok sangat. So siapa yang baru first time nak datang Langkawi wajib try Island Hopping ni!


Sebagai kenang-kenangan kite beli piring tepek gambo muka kite ni haa masa balik dari Island Hopping tu. Entah bila ntah dia snap gambo ni, lain kali bagila tau, boleh say cheeeeeseeee. Ni muka kite ketat likat pekat. Asal boleh la kenangan. Hihi :) tu je.


Kbai!







pen merah pen biru, you marah ILOVEYOU

No comments:

Post a Comment