Sunday, April 26, 2015

#sweet escape : Langkawi (Day 1)

Assalamualaikum..

Kembali lagi. Baru beberapa hari pulang dari Langkawi. Short trip, short vacation, sweet escape yang jauh sikit. Hihi so nak share sikit la mana tau berguna jugak. 

Since masa haritu kite betul-betul baru habis night shift dan tiket flight tengah hari tu so agak rushing sikit dengan berbekalkan night off tiga hari. Tapi kena plan awal-awal la supaya semuanya smooth.

So touchdown Langkawi Airport dalam pukul dua lebih tiga macam tu, sampai je airport memang banyak la yang offer untuk sewa kereta. So bab tu memang tak perlu risau! Tapi sebabkan kami dah booked awai-awai sebab member suggestkan so kami dapat la Viva rm100 untuk dua hari. Kalau pandai cari, mungkin dapat lagi murah. Bab tu memang setel, sampai je sana brader tu dah tunggu.

ni kete sewa kitorang. bersih dan lawa lagi.

Memandangkan cuaca sekarang kejap hujan kejap panas, betul-betul masuk kereta terus hujan. Perut mestilah lapar kan. Memang kalau google mana-mana ramai yang suggestkan kedai yang berdekatan dengan airport ni, nama dia 'LAKSA POWER' dia macam stall lori tepi pantai, kalau makan situ memang syahdu betul rasa menghadap nature laut. Tapi kalau rasa macam cuaca hujan tu, better tunggu cuaca okay sikit sebab tak berbumbung tempat makan tu.



Tudiaaaa makan laksa dengan minum cendoii. Cendol dia bagi kite sedap sebab tak terlalu manis. Betoi-betoi kena dengan tekak ni. Sambil layan ombak kecil situ. And kadang-kadang nampak la kapal terbang landing kat belah sana.

Oh ya. Chalet kitorg check in haritu Teratak Sireh Lagenda. Jauh sikit la dari Pantai Chenang tapi dalam 5-10 minit ke airport. Harga pun not bad. RM70 per night. Kalo peak season RM80. Facilites okay. Ade wifi tapi kalau duduk bilik belakang belakang memang payah nak dapat.

Tudia cik Leya kite.

Lebih detail lagi boleh call je. Owner nya peramah dan senang nak communicate.

Ha letak sikit muka kite, ni chalet nye. Lawa kan.


Ni biliknya. Bukak pintu terus nampak katil, Belakang tu terus toilet. Kalau nak iron boleh mintak, nanti dia bagi. Oh ya tv pun ade astro cuma tak semua channel ada. Macam first night kite ade channel fox, second night dia tetibe bertuka ke cinemax dan esoknya astro prima pulak. Padahal memang tak usik or tukar channel lain pun. Tuala disediakan.

Dapat tahu chalet ni pun dari blogger someone jugak. Thanks kat akak blogger tu sebab update details. 
Sebenarnya kitorg dah survey dah motel murah kat area Chenang, Amzar Motel kalau tak silap. Harga dapat rm45, bila call nak book dia kata boleh walk in je tapi bila dah walk in dia cakap dah full, first come first serve gitu la. Yang tinggal paling murah pun RM75. Masa tu bukan taknak tapi sebabkan tak berapa kenan dengan cara dia so kami terus keluar. Dahla tak peramah, macam not welcoming. Tapi kalau boleh memang nak cari yang murah je sebab datang Langkawi bukan nak dok bilik je, nak jalan-jalan so rugi la kalau mahal. Bab tu settled.

Okay day one kitorg pegi Cable Car, waze je senang. Kitorang amik paling murah asalkan dapat naik atas tu. RM20 for cable car dan sky dome. Sky dome ni macam tengok panggung wayang tapi dia punya cinema bulat ke atas. Konon kite kat kerusi macam naik roller coaster and cinema dia tu rail la. Mak aih serius pening weh, rasa macam tak masuk pun takpe. Habis tu ke cable car.

View dari dalam cable car. Kali ketiga naik dan masih takut bila angin kuat.

Kite di Puncak!

Kat bawah-bawah tu sebelum naik ada la jual macam-macam and macam-macam aktiviti boleh buat tapi sebabkan aim kitorg memang nak naik cable car je so memang tu jela kitorg tuju. Puas hati!

Balik chalet, rehatkan badan lepas tu dinner kat area Chenang. Sini je pun yang hidup pada waktu malam, memang meriah dan macam-macam ada macam kat uptown, atm pun bersepah, restoran semua ada. Nak apa? Starbucks? Oldtown? Mcd? Kepsi? Subway? Semua adeeeeeee.
. Google makanan yang best kat sini, kitorang jumpa kedai Artisans Pizza. The best la. Pizza dia kita boleh pilih ape kite nak boh kat atas pizza tu. Untuk 3 orang makan dalam RM50 plus. Not bad la sebab sedap.

ni la #gengmanjamanja

macam pizza hut tahu!

Okay tamat dah day one at Langkawi! Sambungan day two nanti kite cite okeyyyy! 

Kbai! :)






pen merah pen biru, you marah ILOVEYOU

No comments:

Post a Comment