Tuesday, March 10, 2015

Wedding&E-Day 2014

Assalamualaikum hai.

Dia cenggini lah bila sehari dah seronok update, macam gian sikit hari-hari nak update.

Kali ni bukan nak menulis sangat tapi nak share gambo je sebab suka sangat pergi wedding orang ni. Sebab suka tengok pengantin lelawo pastu cuci mata mana tahu jumpa jodoh ke. Eh? Tidakler. Kebanyakkan wedding pegi dengan cik abang, mana ada masa cuci mata.


Wedding pertama 2014. 12 January, wedding pertama kawan lelaki, Aus dan Shima kat Cheras. Kawan sekelas masa sekolah menengah tingkatan 4-5. Perempuan sorang sebab kawan kelas kite dulu perempuan melayu tiga ketul je. Ni paling tak sangka kahwin awal sebab dia la paling main-main dalam kelas. :p



18 January 2014. Wedding classmate masa study kat KPJ College dulu dan juga merupakan agent insurans kite sekarang ni, Kak Ella Safuraa. So sesape yang perlukan khidmat insurans boleh la refer dia, sekarang dia fulltime insurans agent.



1 February 2014. Engagement Day of Nursazwani & Addin. Jau kite dengan Ieka berjalan sampai ke Muar untuk tengok Wanie ni tunang, tapi sampai-sampai je dah nak habis dah kendurinya. 



Terus ke bulan empat. 26 April 2014 wedding Jepot dan Mek kat Nilai, ni belah lelaki. Yang ni follow je cik abang sebab si Jepot ni kawan kelas dia mase kat kolej dulu and wife Jepot junior mereka. Masa ni seronok sebab malam sebelum wedding ni bbq kat Bagan Lalang, kire mini reunion buat mereka la.


Aha ni wedding wardmate atau senior ward kite, Kak Nazratul Aisyah 24 May 2014. Yang ni pun seronok sebab kitorang berkonvoi ke Raub, first time sampai sini.



7 Jun 2014, #fyzayie big day, Melaka. 
xray vs nursing



Ahaa 15 Jun 2014, Harris dan Wafa pulak, kedua-duanya satu kelas masa study kpj dulu. Ni ler antara classmates 2009-2012 dulu tuuuu, group 38.



17 August 2014, wedding kak Ti yang merupakan kakak daya yang pakai baju kuning ala-ala pengantin tu kat Dewan Perdana Felda. Ni kire mini reunion kami satu sekolah menengah yang rapat since form 1 hingga form 5. 


12 October, engagement day for Adha (laki tu) dengan Ara.
Segambut.


Kali ni jauh sikit ke Kuala Selangor, 16 November. Dah alang-alang jauh ke Bukit Melawati pulak la lepas tu main dengan monyet :)



29 November #wanieaddin big dayyyy. February haritu ke Muar datang masa mereka ni tunang, kali ni datang mereka dah kawengggg! Bila si pengantin lelaki bawak geng dari Sg Buloh ke Muar....


6 December, belah perempuan pulak kat Sg Buloh. Masa ni jadi pengapit pengantin perempuan pula. hehehe #wanieaddin reception



------------------------------------------------------------------------

Ok last soklan feberet, fify addam bila lagi?


Tunggu next entry. Hihi

thanks sudi baca!








pen merah pen biru, you marah ILOVEYOU

No comments:

Post a Comment