Wednesday, May 15, 2013

Vacation mode : Melaka here I come! [part 2]

Assalamualaikum!

Okay continue part 2 ataupun day 2 di Melaka. Pagi-pagi dah bangun semangat nak berjalan sebelum tu sarapan dulu, teringin nak makan roti canai tapi kedai ni takde pulak so kite makan mihun goreng.

Bismillah...

Lets go awak :)

Banyak lagi sebenarnya gambar haiwan-haiwan comel ni yang sempat kite dan cik abang snap tapi macam malas sangat je nak upload hahahaha. Banyak sangat. 


Masa ni dah berpeluh-peluh dah kat situ. Tahu lah Malaysia sekarang kemain bahang lagi. Ni kan kitorang yang keluar tengah-tengah hari yang panas. Eh pagi sebenarnya tapi panas. Jauh perjalanan dalam Zoo ni sampai melecet kaki, ni pun tak habis jalan sebab kaki dah sakit. 

Nak masuk Zoo Melaka ni murah je RM10 sorang. Ni semua kalau tak silap lah. Cik abang bayarkan, so kite tak tahu sgt. Masa kite g ni weekdays so tak ramai orang sangat pun, foreigner ade la. And kalau nak beli ole-ole, kat luar Zoo ade jual. Keychain and segala benda alah. Kat sini pun guna parking berkupon so kat sini la kitorang baru beli kupon parking yang boleh guna untuk satu hari.

Lepas tu lepas tu kitorang pergi lunch dekat Restoran Tun Teja.

Taraaa dapat jugak makan asam pedas Melaka.. Yummy yummy! Ni one set sebenarnya siap sayur semua. Kite boleh pilih nak ikan dan sayur ape, so kite pilih ikan pari la ofkos dengan sayur kangkung.

Lepas makan yummy yummy tu pun dah pukul 3 lebih camtu so decide nak lek lu, ingat petang nak pergi ke Bandar Hilir lagi taaaaaaapi! Hmmmm malam la nampaknya sebab driver penat. First cari makan dulu sebab kite kebulur. Ingat nak cari cikencop tapi tak tahu kat mana. Sebabkan sebelum tu kite merajuk so cik abang bawak kite makan Pizza Hut dekat Mahkota Parade jugak.

Ya Allah nikmatnya dapat makan Pizza Hut.

Then baru shoot ke River Cruise. Ingatkan dah tutup sebab kitorang dah lambat tapi nasib baik ada lagi. Happy me \^.^/ harga nak naik River Cruise tu RM10 sekepala. Kite ade kupon 20% diskaun tapi lupa nak tunjuk! Tapi takpelah.

Cantik kan pemandangan malam kat Melaka ni.. Masa kat river cruise ni macam-macam tempat kite akan lalu. Cantik belaka.

Dalam cruise.

Balik lepak gerai makan area situ sebab haus gila!! Selalu mesti order milo ais tapi sebab haus, teh o ais pun boleh.

Day 3......

Masa untuk pulang. Tapi sebelum tu kite singgah sini dulu.

 Coconut shake!! Yang sangat popular dekat Melaka ni.

 Untuk dua orang. Coconut shake dan nasik lemak ehem ehem. Mana cukup satu. Hihi dah dapat ni baru puas. Siap tapau lagi coconut shake.

Terima kasih cik abang untuk 3 hari yang awesome ni. Love you.

Kbye.





pen merah pen biru, you marah ILOVEYOU

No comments:

Post a Comment