Wednesday, May 15, 2013

Vacation mode : Melaka here I come! [part 1]

Assalamualaikum...

Hihihi kembali! Awal May haritu ada apply cuti. Eh takdelah awal May sangat tp kira awal jugak la. Sebenarnya apply cuti sebab ade pertandingan kawad kaki peringkat negeri. Kite nak join!! Taknak jadik macam hari tu. Pergi kejap je sebab petang kerja, serius penat! Lepas tu tahu-tahu postpone pulak. Dengan gembiranya, tukar plan!!! Eh tapi memang nak pergi bercuti pun tapi tak tahu bila. Ni dah alang-alang! :D

Kite ke Melaka!!!

Kite gerak dalam pukul 11 camtu, singgah bercool blog kejap dekat R&R Seremban then terus ke Melaka. Sampai je lek lek dulu, then shoot ke Mahkota Parade sebab nak carik lunch. Berluncheon Kepsi. Yummy yummy. Dah kenyang baru boleh berjalan.



Cantik kan Bandar Hilir Melaka ni.


Masa jalan-jalan kat Bandar Hilir ni awan dah berarak mendung dah. Amik gambar cecepat, lepas tu gerimis mengundang pulak. Kitorang pun terus rushing masuk kereta. Lagipun kitorang park kat tempat parking berkupon, masa tu tak beli kupon lagi. Al-maklum lah tak berapa biasa dengan Melaka, tak tahu nak beli dekat mana.

Tapi kalau nak beli, boleh beli dekat pondok yang ada berdekatan dengan area Dataran Pahlawan or mana-mana tempat yang ada pondok kecik. Rm5 untuk satu hari kalau tak silap, kite pun tak ingat tapi lebih kurang macam tu lah. Just letak kupon tu atas dashboard kereta. Boleh guna kat mana-mana tempat pun kat Melaka tu.

Lepas tu tak tahu nak pergi mana, cik abang tanya nak pergi Pantai Klebang ke Tg Bidara? Alamak kite tak suka buat pilihan so kite tak kesah pun. So last last dia ajak kite usha tempat nak makan ikan bakar malam tu. Dekat area Crystal Bay. Dah usha, pusing pusing area situ jumpa pulak laut. Ape lagi, singgahlah.

Really adore this, sunset. Cantik sangat.


Lawa kan?

Okay dinner time!

This is our dinner. Jenahak bakar, kupang dengan sotong goreng tepung. Kenyang gila.

 Abang-abang gomen kalau dah jumpa, terpaksalah 'akak' swasta ni diam dan dengar je.

 See! Makan dengan nasik lemak je tau.

Haaaaa nama tempat kitorang makan ni 'Alaaa Kassim', restoran ni area Crystal Bay yang kite cakap tulah. Boleh tahan la, memang sedap cuma kite tak dapat nak menghabiskan lauk-lauk ni sebab terlalu banyak!! Yang popular ikan bakar dekat Umbai, tapi cik abang taknak, dia nak pegi sini jugak. Nasib baik sedap!

Berakhirlah day 1 di Melaka.

Sambung nanti, ada kerja :p

kbye.



pen merah pen biru, you marah ILOVEYOU

No comments:

Post a Comment