Friday, April 05, 2013

#Cameron Highlands

Assalamualaikum..

Nak sambung lagik... Hari tu lepas balik dari USS terus shoot ke JB dan dalam pukul 10 lebih jugak la kitorang bergerak dari JB nak ke Kuala Lumpur. Sebelum balik tu kitorang mencari-cari cikencop Hutan Bandar yg murah dan sedap tu, RM5 satu pinggan. Kali ni kitorang makan dekat Hutan Bandar Bistro, Hutan Bandar biasa pergi tu tak jumpa jalan. Dah lupa hahaha.

Lepas yummy yummy makan kitorang pun gerak la. Dalam perjalanan tu adelah rehat dekat R&R tapi kite dalam kereta standard la, mesti tidur punya. Sampai Puchong (rumah Syuhada) dalam pukul 4 pagi then tidur sana kejap, bajet dalam pukul 6.30pagi nak bangun sebab ade program lain, sekali tengok jam...... Mak aih dah nak pukul 9.. Rushing balik KL dengan tak mandinya. Serius sakai.

Sesiap cecepat then shoot ke Cameron Highlands! Dah berabad teringin nak ke sini. Sudah plan punya plan, encik boipreng nak pulak layan kerenah kite nak ke sini. Hihihi.

Gerak dalam pukul 12, sampai dalam pukul 3 lebih..

Check in.

Masuk-masuk je..woah~

Mewah sungguh hotel ni, ni yang rasa taknak keluar bilik ni.

Selepas merehatkan diri selama setengah jam gitu, time untuk mengeteh di Cameron Valley sambil menikmati keindahan ciptaanNya.

Ladang teh. Thank you encik Arab sebab tolong snapkan pic ni.

Hi cik abang, pandang sini please.


"awak, last last before balik...." haha perangai..

Balik lepak hotel, tengok Setia Hujung Nyawa kejap then tengok cerita Ruby tetiba perut bergendang. Cari port makan dekat area situ. Ade gerai tu jual satay, nasi goreng-goreng dan macam-macam la. Masa tu sejuk menusuk tulang, bisa. 

Strawberry Farm Park.

 
Strawberry sundae.


Last but not least encik boipreng being so sweet bg kite PASU bunga.. Hahaha rasa macam nak tumbok tumbok je dia. Dush dush dush!

p/s : banyak lagi tempat kat Malaysia belum habis berjalan lagik. Thank you awak sebab bawak kite pergi tempat yg kite tak pernah pergi n teringin sangat nak pegi. :)

OKBAI.

pen merah pen biru, you marah ILOVEYOU

No comments:

Post a Comment